Assalamualikum,
Setelah bertungkus lumus untuk menghadapi semester tiga, maka cuti semester merupakan jangka masa kemenangan bagi mereka yang digelarkan pelajar untuk berehat dan menarik nafas lega kerana terdapat waktu dan masa yang terluang untuk melakukan aktiviti sendiri.
Maka, apabila manusia mempunyai terlalu banyak masa yang terluang, secara realitinya, manusia kurang pandai dalam membahagikan masa dalam kehidupan ini.
'Masa itu emas'. Bak kata pepatah, masa itu sangat berharga sehingga dibandingkan dengan emas, iaitu satu besi yang tidak boleh direka oleh manusia walaupun menggunakan pelbagai jenis cara.
Pilihan-pilihan yang dibuat amat memainkan peranan dalam masa hadapan. Setiap manusia bertanggungjawab terhadap segala tingkah lakunya. Setiap tingkah lakunya mempunyai kebaikan dan keburukan. Jadi, guna masa dengan penuh efisen supaya cuti semester dapat diluangkan dengan kebaikan dan aktiviti bermanfaat.
Semoga cuti semester kita dan waktu yang kita ada dapat digunakan dengan penuh berkat dan manfaat.
No comments:
Post a Comment