Assalamualaikum,
Hari ini , seorang rakanku diterima masuk ke IPG. Alhamdulillah :)
Maka, setiap pertemuan mesti akan ada perpisahan, walaupun hanya berkenalan dalam masa setahun, tetapi hubungan persahabatan sudah terbina. Cita-citanya untuk menjadi seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Riak mukanya sewaktu dia tahu bahawa dia berjaya masuk ke IPG, tidak terkata, kerana wajah senyum lebar yang amat sangat.
Amat berat rasanya kerana seorang rakan akan meninggalkan aku, tetapi walaupun terpisah, akan berjumpa semula selepas ini. Alahai, over giler, dia study kat Lembah Pantai je pun, macam la tak boleh nak ziarah.
Apa-apa pun,
Semoga berjaya Rizz Syazwan :D
Ganbatte-ne Sensei in the making :)
Minggu yang amat penuh dengan rasa kehidupan
Pada permulaan semester ni, agak kekok kerana buat pertama kali hidup bersama kawan-kawan di rumah sewa. Kat kawasan ni penuh dengan gadis-gadis yang indah rupawan.
Pada hari pertama kelas-kelas, dapat terus assignment walaupun baru minggu pertama, dah la on-going pulak. Agak packed jugak la jadual, tapi dapat cuti selama 3 hari. Minggu ni buat macam-macam benda yang agak awesome sebab dapat buat dengan kawan-kawan. Pergi makan waktu malam-malam buta, lepak sampai lewat malam, masak dan makan sama-sama.
Tetapi, kehidupan di kolej pon awesome jugak, tapi bagi aku, macam tak terbuka minda sebab terperap dalam kolej je dan tak membuka mata untuk melihat dunia luar. Akan tetapi, intake terbaru ni banyak jugak orang-orang yang peramah walaupun baru first time masuk ke universiti.
Naik basikal ke pekan,
Beli ubi untuk dimasak,
Hidup sebagai pelajar selalu kurang makan,
Jadual kehidupan pon sesak

Index book days
Assalamualaikum
Alright, the new assignment or task or sebenarnya tak tahu benda apa pun is really....
Index book ni boleh dikatakan perkara baru yang akan menjadi benda yang amat susah dan annoying
Apa-apa pun, kena la bersabar sebab assignment, berharap assignment memperoleh markah yang banyak. Amin
Tiada apa yang lebih untuk diperkatakan,
Sekarang sedang buat index book dengan sakan.

Kehidupan bujang bersama kawan-kawan
Assalamualaikum,
Dalam kehidupan, seseorang mesti telah mengalami kehidupan sebagai bujang.
This is my story,
Walaupun aku sepatutnya tinggal di kolej, tetapi aku terfikir yang kehidupan di kolej tidak boleh membuka mataku untuk menjadi lebih dewasa dan berdikari. Aku telah menyewa di sebuah rumah bersama kawan-kawan yang sama program diploma denganku. Kehidupan di rumah sewa agak tidak luar biasa kerana aku sudah biasa hidup dengan orang yang ramai. Setiap hari, mesti ada sesuatu yang baru akan berlaku. Tetapi, lawak-lawak mereka dapat membuat aku tersenyum :)
Memasak bukannya menjadi suatu isu, walaupun ada yang tidak tahu memasak, tetapi hati mereka ikhlas untuk memasak, maka makanan yang dimasak sedap dan enak dimakan. Makanan yang aku makan ketika hidup di rumah sewa ni amat luar biasa. Tetapi asalkan sedap, telan je XD
Akan ada banyak lagi cerita-cerita yang akan timbul, maklumlah baru permulaan semester.
Pergi makan di Sate Kajang,
Telan sate dengan sakan,
Masa semester lagi panjang,
Maklumlah hanya baru permulaan.

Semester 3 sudah :D
Assalamualaikum ,
Pejam celik, pejam celik, dah semester tiga rupanya aku di universiti ni.
Semester baru, HIdup baru, Lecturer baru, Kawan-kawan baru.
Semester ni awesome sebab kelas cuma dari hari Isnin hingga Khamis je. Cuti tiga hari ! Weeee
Walaupun best cuti tiga hari, jadual packed sungguh sebab semua subjek sem ni tiga jam kredit. Kelas-kelas untuk semester ni kebanyakkannya melibatkan subjek yang berkaitan Bisnes dan Komputer. Assignment pun dah menunjukkan muka masing-masing walaupun baru masuk seminggu je masuk semester tiga.
Jumpa dengan kawan-kawan di Universiti sangat best sebab setiap seorang ada cerita yang mahu diperkatakan sementara cuti semester lepas. Nampaknya sesetengah kawan-kawan di sini telah menukar imej masing-masing. Biasalah semester baru, imej pun baru.
Aku berharap semester ni baik-baik dengan aku. Assalamualaikum :)

Subscribe to:
Posts (Atom)