Assalamualaikum,
Dalam kehidupan, seseorang mesti telah mengalami kehidupan sebagai bujang.
This is my story,
Walaupun aku sepatutnya tinggal di kolej, tetapi aku terfikir yang kehidupan di kolej tidak boleh membuka mataku untuk menjadi lebih dewasa dan berdikari. Aku telah menyewa di sebuah rumah bersama kawan-kawan yang sama program diploma denganku. Kehidupan di rumah sewa agak tidak luar biasa kerana aku sudah biasa hidup dengan orang yang ramai. Setiap hari, mesti ada sesuatu yang baru akan berlaku. Tetapi, lawak-lawak mereka dapat membuat aku tersenyum :)
Memasak bukannya menjadi suatu isu, walaupun ada yang tidak tahu memasak, tetapi hati mereka ikhlas untuk memasak, maka makanan yang dimasak sedap dan enak dimakan. Makanan yang aku makan ketika hidup di rumah sewa ni amat luar biasa. Tetapi asalkan sedap, telan je XD
Akan ada banyak lagi cerita-cerita yang akan timbul, maklumlah baru permulaan semester.
Pergi makan di Sate Kajang,
Telan sate dengan sakan,
Masa semester lagi panjang,
Maklumlah hanya baru permulaan.
hamboi haa Razi,
ReplyDeletesiap berpantun. Haha :)
nk practice jd sasterawan :D
ReplyDelete