Assalamualaikum ,
Pejam celik, pejam celik, dah semester tiga rupanya aku di universiti ni.
Semester baru, HIdup baru, Lecturer baru, Kawan-kawan baru.
Semester ni awesome sebab kelas cuma dari hari Isnin hingga Khamis je. Cuti tiga hari ! Weeee
Walaupun best cuti tiga hari, jadual packed sungguh sebab semua subjek sem ni tiga jam kredit. Kelas-kelas untuk semester ni kebanyakkannya melibatkan subjek yang berkaitan Bisnes dan Komputer. Assignment pun dah menunjukkan muka masing-masing walaupun baru masuk seminggu je masuk semester tiga.
Jumpa dengan kawan-kawan di Universiti sangat best sebab setiap seorang ada cerita yang mahu diperkatakan sementara cuti semester lepas. Nampaknya sesetengah kawan-kawan di sini telah menukar imej masing-masing. Biasalah semester baru, imej pun baru.
Aku berharap semester ni baik-baik dengan aku. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment